Powered By Blogger

17 Dis 2012

Malaysia Die Varieties: Doubled Die Reverse 50 sen 2005

Doubled Die Reverse kali ini tergolong dalam Kelas IV iaitu Distended Hub Doubling.
Distended Hub Doubling merupakan satu - satunya kelas yang menunjukkan 
tiada pemisahan dalam penggandaan.

Semestinya bukan Machine Doubling (MDD).


 Tiada pemisahan imej yang boleh dilihat. 
Penggandaan hanya mengambil bentuk ketebalan tambahan pada huruf, 
digit atau elemen reka bentuk.






Selamat Mengumpul!

30 Nov 2012

Malaysia Die Varieties: 50 sen 2002

Entri kali ini ingin berkongsi tentang variety untuk 50 sen 2002.
Varieti untuk 50 sen 2002 'Fat '0' 'agak istimewa dan diberi premium yang tinggi oleh 
pengumpul 'error' dan 'variety' kerana ia jarang ditemui.
Namun begitu,variety ini tidak direkodkan dalam katalog rujukan.

Sila lihat gambar dibawah.
Agak normal kan?
Sila lihat gambar seterusnya...

Normal

 Agak normal juga kan?
Adakah anda perasan apa yang lain pada syiling ini?
Jika tidak,teruskan lihat gambar seterusnya.

Dikenali sebagai Fat '0'

Sekarang,adakah anda dapat melihat perbezaannya?
Sudah tentu!


Perbezaan yang jelas dapat dilihat pada :

  • Saiz Perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'
  • Rekabentuk Bunga
  • Rekabentuk '2002'
  • Saiz '50'
  • Saiz Perkataan 'SEN'

Selamat mengumpul !

23 Nov 2012

Anvil Die? Hammer Die?

Anvil Die? Hammer Die?
"Apakah benda itu? Datang dari mana ayat itu?"
Entri kali ini adalah untuk membincang tentang ayat tersebut.
Anvil Die dan Hammer Die merupakan komponen penting dalam pembuatan syiling.


Ayat ini datangnya daripada peralatan untuk membuat syiling
itu sendiri,iaitu Anvil( Andas) dan Hammer(Penukul).
Die pula bermaksud acuan.

Gambar di bawah menunjukkan pembuatan syiling pada kurun ke-16.
Ihsan fineartamerica.com
Teknik ini digunakan semasa kurun ke-16.



Hammer Die mendapat nama daripada acuan atas yang akan diketuk dengan penukul.
Manakala Anvil Die mendapat nama daripada andas yang menahan acuan bawah.


Proses pembuatan syiling moden.

Ihsan blackiron.us

Sekitar tahun 1550,tukang perak Jerman,Marx Schwab mencipta penempaan syiling dengan penekan skru.

Ihsan fineartamerica.com
'Screw Press'

Semasa Zaman Perindustrian (lewat kurun ke-18), Diedrich Uhlhorn,seorang mekanik Jerman telah mencipta mesin penempaan syiling .'Uhlhorn Presse' menukarkan tekanan daripada skru penekan skru dengan tekanan yang dikenakan oleh tuil.

Ihsan worldofcoins.eu
'Uhlhorn Presse'

12 Nov 2012

Bagaimana Syiling Dibuat? (How Coins Are Made?)

Duit syiling telah wujud sejak 650 tahun sebelum Masihi dan 
masih digunakan sebagai tukaran wang pada hari ini selain penggunaan duit kertas.
Duit syiling mengambil pelbagai peringkat untuk dihasilkan.

Berikut merupakan pembuatan duit syiling di US Mint 
semasa pengeluaran pertama 
1 Dollar James Madison pada tahun 2007:

Sebelum melakar, pelukis akan memilih potret yang sesuai untuk diletakkan pada duit syiling.

Ihsan Discovery Communications LLC
Selepas itu, pelukis akan melukis potret yang telah dipilih dengan 
menggunakan perisian komputer.

Ihsan Discovery Communications LLC
Untuk mengubah rupa 2 dimensi kepada 3 dimensi, proses membentuk dengan 
menggunakan tanah liat telah dilakukan.

Ihsan Discovery Communications LLC

Ihsan Discovery Communications LLC

Dikenali sebagai  Galvano (Plaster Model Epoxy Coated).
Klik di sini untuk melihat entri 
Depankanta dengan lebih lanjut.

Selepas proses membentuk, proses menambah butiran kecil telah dilakukan.
Selain butiran kecil yang membuatkan syiling ini cantik, butiran kecil ini juga dapat
menghalang syiling ini daripada dipalsukan.
Butiran kecil temasuklah mata,rambut,mulut dan lain-lain pada potret tersebut.

Ihsan Discovery Communications LLC

Selepas model plaster siap, proses seterusnya ialah proses pengecilan.
Proses ini memindakan imej daripada model plaster kepada Master Hub.
Proses ini mengambil masa selama 3 hari dan skala 
pengecilannya ialah sebanyak 1:12.
Tiada orang mahu duit syiling bersaiz pizza!

Ihsan Discovery Communications LLC

Produk yang telah siap dipanggil 'Master Hub'.
Untuk pengetahuan pengunjung, Doubled Die terjadi akibat 
penggandaan imej pada Master Hub.

Ihsan Discovery Communications LLC
Master Hub (kiri)

Kemudian, proses pemindahan imej Master Hub kepada Working Die juga akan dilakukan.

Ihsan Discovery Communications LLC
Working Die

Pemindahan imej Master Hub kepada Working Die
dilakukan dengan tekanan yang tinggi.
Imej timbul(Positif) pada Master Hub akan memindahkan 
imej tenggelam(Negatif) pada Working Die.

Ihsan Discovery Communications LLC
Proses pemindahan imej antara Master Hub dan Working Die.

Ihsan Discovery Communications LLC
Jumlah tekanan yang telah dikenakan.

Ihsan Discovery Communications LLC
Working Die yang telah siap.

Working Die terdiri kepada Hammer Die dan Anvil Die.
_______________________________________________________________________

Selepas menyiapkan Working Die, proses seterusnya ialah 
menyediakan planchet dan penempaan syiling.

Pertama,proses penyediaan planchet ialah dengan menyediakan jalur logam.

Ihsan Discovery Communications LLC
Jalur logam yang digunakan untuk 1 Dollar James Madison 

Jalur logam seterusnya melalui proses Blanking. Blanking Die ialah alat untuk
 menebuk syiling daripada jalur logam.

Ihsan Discovery Communications LLC
Blanking Die yang sedang beraksi.

Gambaran yang lebih jelas untuk para pengunjung tentang proses Blanking.

Ralat seperti ,Curved Clip Planchet,Straight clips,Ragged clips dan
sebagainya terjadi pada peringkat Blanking.

Ralat seperti Lamination,Split Planchet,Bubbled Gas Planchet dan sebagainya
pula terjadi pada Planchet yang bermasalah.

Ihsan Discovery Communications LLC
Hasil daripada proses Blanking.
Hasil ini dipanggil Unstruck Planchet (Type I) atau hanya dipanggil Blank.
Klik di sini untuk melihat spesimen Blank.

Blank yang baru dtebuk agak keras dan padat. Oleh itu, Blank tersebut kan dibersihkan, dipanaskan dan dikeringkan di dalam ruang khas untuk mengekalkan luster atau kekilatan pada Blank.

Selepas itu, Blank ini akan melalui proses Upsetting.
Proses ini akan mengecilkan Blank dan menaikkan proto-rim.
Proto-rim berfungsi sebagai pelindung imej semasa ditempa nanti.

Ihsan Google
Proses Upsetting

Proto-rim

Blank yang telah melalui proses Upsetting dan telah mempunyai proto-rim dikenali 
sebagai Unstruck Planchet (Type II) atau Planchet.

Seterusnya ialah penempaan syiling.

Ihsan Discovery Communications LLC
Proses penempaan syiling
Ralat seperti Off center Strike,Rotated Die,Brockages,Broadstrike, dan
sebagainya terjadi pada peringkat ini (Penempaan).

Machine Doubling juga terjadi pada peringkat ini apabila skru acuan tersebut longgar.

Gambaran yang lebih jelas untuk para pengunjung tentang 
proses Penempaan (Striking).


Ihsan  United States Mint

Selepas penempaan, pekerja kilang yang terlibat akan memeriksa
syiling supaya tidak mempunyai kecacatan

Ihsan Discovery Communications LLC

Namun begitu, syiling yang mempunyai kecacatan turut terlepas dalam circulation :

Doubled Die pada 1 Dollar James Madison 2007-P

Ihsan www.greatcollections.com

Ihsan minterrornews.com

Gambar 1 : Double Struck 2007-P James Madison

Gambar 2 : Double Struck 2007-P James Madison

Syiling yang telah siap dibungkus dan akan dihantar kepada bank tempatan dan sedia untuk 
diedarkan kepada umum.

Ihsan Discovery Communications LLC

10 Nov 2012

Malaysia Die Varieties : Doubled Die Obverse 5 sen 2009

Doubled Die Obverse 5 sen 2009 ini dapat dikelaskan dalam Class 5: Pivoted Hub Doubling.
Oleh itu, gandaan dapat dilihat dengan jelas pada pukul 12 bahagian gasing tersebut serta tali gasing tersebut.

Paksinya pula terletak kira - kira pada pukul 6 gasing tersebut.



Pivoted Hub Doubling berlaku apabila working hub tidak sejajar dengan working die semasa proses hab. Dengan gandaan jenis ini, titik paksi terletak di seketar rim, bukan di tengah pusat acuan seperti dalam Class 1: Rotated Hub Doubling.




 Terdapat 'notch' yang terjadi akibat gandaan.
'
Notch' merupakan kesan akibat pemisahan serif.
Apabila melihat gambar ini, terbayang pula Menara Berkembar Petronas.

Menara Berkembar Petronas tersenarai
antara lima bangunan yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 452 meter .

Untuk penjelasan yang lebih lanjut,
Klik di sini

9 Nov 2012

Malaysia Die Varieties : Doubled Die Reverse 20 sen 2008


Doubled Die Obverse 20 sen 2008 ini dapat dikelaskan dalam Class 5: Pivoted Hub Doubling.
Gandaan yang jelas dapat dilihat pada pukul 4 hingga 5 manakala gandaan yang minima dapat dilihat sekitar pukul 10 hingga 11 menjadikan ia sebagai paksi.

Untuk mengetahui bagaimanakah Doubled Die terjadi,
Klik gambar di bawah.

'Depankanta'

"Pada masa ini, saya hanya boleh menyimpulkan bahawa siri/variti ini 
(Double Die 20 sen 2008) adalah agak terhad." kata Nu Coins



Gandaan minima pada pukul  sekita 10 hingga 11 iaitu pada 
perkataan BANK dan NEGARA.





Gandaan yang ketara pada sekitar pukul 4 hingga 5.
  • 08 daripada 2008
  • MALAYSIA 
  • Stigma daripada Bunga Raya
  • SEN





Lawati juga rakan blogger Depankanta , Nucoins dan pakar 'Doubled Die Malaysia', Mnfaj
Juga klik di sini untuk mengikuti analisa dengan lebih lanjut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...