Powered By Blogger

24 Sep 2012

Malaysia Error Coin (50 sen 2000 Rim-to-Rim Die Crack)

 'Die Crack' merupakan keretakan yang berlaku pada acuan.
'Rim-to-Rim Die Crack' pula merupakan keretakan yang berlaku pada acuan yang menghubungkan suatu sudut rim kepada rim yang lain.

Die Errors > Die cracks > Rim-to-Rim Die Crack

Spesimen 'RTR Die Crack' saya.
'RTR Die Crack' berlaku pada pukul 3.00 bersambung pada pukul 6.00 :


Lama-kelamaan,acuan kepada 'Rim-to-Rim Die Crack' ini akan terserpih dan membesar,akan terjadi pula Major Die Break (CUD).
Setakat ini,tiada 50 sen 2000 CUD telah dijumpai.

Panjang 'RTR Die Crack' pada syiling ini adalah lebih kurang sepanjang 1.6 sentimeter.
(50 sen 2000)

8 Sep 2012

Token Cenderamata Bank Negara Malaysia (Blank)

Apabila baru ditebuk dari jalur logam,hasilnya ialah 'Blank'.Satu bahagian'Blank' tersebut rata sepenuhnya manakala bahagian yang sebaliknya melengkung sedikit sepanjang perimeter.Ini mencerminkan bahawa 'Blank' ini ditebuk melalui plat asas dengan kuat oleh 'Blanking Die'.

Proses untuk menghasilkan 'Blank' :


Semasa 'Blanking Die' menembusi jalur logam,ia potong melalui bahagian atas,meninggalkan sebahagian sisi bahagian atas permukaan yang licin . Manakala sebahagian sisi lagi 'terkoyak' melalui jalur logam,meninggalkan permukaan yang kasar.


Spesimen 'Blank':



Blank seterusnya melalui 'Upsetting'.'Upsetting' memampat 'Blank' kepada diameter yang lebih kecil, menghasilkan 'Planchet'.'Upsetting' melicinkan sisi dan menaikkan *proto-rim pada kedua-dua muka.

'Upsetting'
'Planchet'

*Anak panah kuning: Proto-rim

6 Sep 2012

Malaysia Error Coin (Die Gouges a.k.a Extra Dot)

'Die Gouges' terjadi apabila die(acuan) ditusuk sesuatu yang tajam semasa proses membersihkan die(acuan).
'Die Gouges' tersebut muncul sebagai satu titik yang timbul(mungkin lebih banyak titik) pada permukaan syiling.

Die Errors > Die Damage > Die Gouges

Berikut merupakan koleksi 'Die Gouges a.k.a Extra Dot':

5 sen 2010
5 sen 2012 
10 sen 2008 
10 sen 2005 
50 sen 2008 

Klik di sini untuk : 'Extra Dot50 sen 1979 
Klik di sini untuk :  'Extra Dot50 sen 1988


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...