Powered By Blogger

8 Sep 2013

Malaysia Error Coin : Doubled Die on Off-Center Strikes with Collar Scar Error Coin

Salam kepada semua pelawat serta pengunjung setia
AFIQ NIZAM's CØIN AND BANKNØTE.
Sudah lama saya meninggalkan blog ini. Dah berusang agaknya..haha
Pos saya pada kali ini adalah tentang "E&V pada Satu Syiling".

Rarity : RRR (rujukan pakar)

Off-Center Strikes apabila hanya sebahagian planchet terjatuh di atas collar die
Ini menyebabkan hanya sebahagian planchet ditempa.

Collar Scar pula ialah parut yang terhasil apabila tertampan oleh collar die.

Error Coins > Striking Errors > Off Center Strikes w/ Collar Scar

Peringatan:
Planchet - Blank yang telah melalui proses Upsetting dan belum ditempa lagi

Spesimen 1 sen 2004 'Doubled Die on Off-Center Strikes with Collar Scar':




Hasil yang tak diduga apabila saya membeli syiling ini ialah terdapat variety Hub Doubled, 
atau lebih dikenali sebagai Doubled Die. (lihat gambar di bawah)

Klik di sini untuk lihat Doubled Die.


Pemisahan serif atau notching yang dapat dilihat dengan jelas. (lihat anak panah)

Kesan Collar Scar apabila tertampan Collar Die. (lihat anak panah)

Buat pengetahuan para pengunjung, syiling 1 sen DDO ini 
dikenali sebagai "Kaki Sotong" di kalangan pengumpul *E&V.

Marah nampaknya Encik Squidward ;D

*E&V= Error & Variety

18 Apr 2013

Malaysia Error Coin : Multiples Strikes Off Center with Stable Rotation 180°

Rarity : RRR (rujukan Dickson Niew)

Double Struck Off Center terjadi apabila syiling yang telah ditempa 
dan tidak dikeluarkan dengan betul akibat ejection yang 
tidak berfungsi dengan betul, dan kembali ke striking chamber dan ditempa buat kali kedua.

Tetapi untuk Multiple Strikes, ia terjadi apabila syiling yang telah ditempa 
dan tidak dikeluarkan dengan betul akibat ejection yang 
tidak berfungsi dengan betul, dan kembali ke striking chamber dan ditempa berkali- kali

Error Coins > Striking Errors > Multiples Strikes Off Center with Stable Rotation 180°

Stable Rotation merupakan sub- kategori bagi Rotated Die, iaitu bagi rotation 165°-180° sahaja dan berlaku akibat pemasangan acuan yang tidak selari orientasinya .



Spesimen 10 sen Tanpa Tarikh 'Multiples Strikes Off Center with Stable Rotation 180°':



180°? Betul ke ?
Stable Rotation 180°

Sedikit analisa untuk mengesahkan Multiple Strikes...
Contohnya, cuba lihat pada huruf 'S' untuk 'SEN'.

Contohnya, cuba lihat pada hujung tikar.

Terima kasih dan Salam Jumaat :)

14 Apr 2013

Malaysia Error Coin : Double Struck Off Center

 Rarity : RRR (rujukan Dickson Niew)

Double Struck Off Center terjadi apabila syiling yang telah ditempa 
dan tidak dikeluarkan dengan betul akibat ejection yang 
tidak berfungsi dengan betul, dan kembali ke striking chamber dan ditempa buat kali kedua.

Error Coins > Striking Errors > Double Struck Off Center

Striking Chamber

Spesimen 50 sen 2007 Double Struck Off Center :

Buat pengetahuan para pengunjung, syiling ini masih mempunyai edge lettering,
iaitu  BANK NEGARA MALAYSIA pada sisi syiling kerana
syiling ini telah ditempa dengan sempurna pada pertama kali.


3 Mac 2013

Malaysia Die Varieties : 5 sen 1999

Petang tadi, saya berjaya menemui variety untuk 5 sen 1999.
Variety untuk 5 sen 1999 juga memenuhi spesifikasi berikut.


Berikut merupakan hasil pencarian saya.

5 sen 1999 dengan 'Square Edge'


5 sen 1999 dengan 'Bevel Edge'

Variety untuk 5 sen 1999 ini agak sukar dicari kerana faktor saiznya.
Ataupun mungkin kerana faktor kekurangan Siri Bunya Raya dan lambakan *S3M?

*S3M
Gelaran untuk Siri ke-3 Malaysia selain Siri Parlimen dan Siri Bunga Raya untuk syiling siri pertama dan kedua.
Selamat Mengumpul :)

12 Feb 2013

Patina Pada Syiling Syiling Gangsa dan Tembaga


Patina merupakan sejenis lapisan yang terbentuk pada gangsa, tembaga atau logam lain. 
Patina terhasil akibat pengoksidaan dan proses kimia serta merupakan satu lapisan pelindung bagi mengelakkan syiling tersebut daripada berkarat dan rosak.

Pada logam, patina merupakan salutan bahan kimia yang terdiri daripada oksida, karbonat, sulfida atau sulfat yang terbentuk pada permukaan semasa pendedahan kepada unsur-unsur atmosfera (oksigen, hujan, hujan asid, karbon dioksida, sulfur - kompaun bearing).

Contoh patina (lapisan atau tompokan bewarna hijau, juga dipanggil verdigris
pada syiling gangsa atau tembaga :

Straits Settlements
1 sen 1920
Komposisi : Gangsa

Straits Settlements
1 sen 1920 
Komposisi : Gangsa

Straits Settlements
1 sen 1903
Komposisi : Gangsa

Pulau Pinang
1/2 Pice 1787
Komposisi : Tembaga

Pulau Pinang
1/2 Pice 1787
Komposisi : Tembaga

Malaysia
10 sen 1991
Komposisi : Tembaga & Nikel

Malaysia
10 sen 1991
Komposisi : Tembaga & Nikel

Patina mengambil masa berpuluh - puluh tahun malah beratus 
tahun untuk terbentuk.
Oleh itu, anda tidak digalakkan mencuci syiling lama anda.
Selain itu, patina juga dapat membuktikan bahawa syiling anda asli dan 
menarik minat pengumpul syiling lama serta memberi nilai tambahan pada syiling tersebut.
Syiling yang mempunyai patina tidak bermaksud bahawa syiling anda kotor mahupun rosak.

Selamat Mengumpul dan Selamat Tahun Baru Cina bagi yang menyambutnya ;)

Ruj : 
  • 2. Duit lama mempunyai patina & toning yang akan hilang bila dicuci ; http://www.malaysiancoin.com/2012/11/kenapa-tidak-boleh-mencuci-duit-lama.html
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Patina

7 Feb 2013

Malaysia Error Coin: Uncentered Broadstrike with Partial Brockage

Rarity : RRR (rujukan Dickson Niew)

Broadstrike merupakan syiling yang ditempa tanpa collar dieCollar die merupakan acuan ketiga yang 
menghasilkan sisi bergerigi. Diameter syiling Broadstrike selalunya lebih besar daripada diameter syiling yang normal. Selain itu, Broadstrike juga terbahagi kepada dua jenis,iaitu centered dan uncentered.


Error Coins > Striking Errors > Uncentered Broadstrikes > With Partial Brockages 

*Striking Chamber

Brockage hanya terjadi apabila melibat dua planchet. Salah satu daripada planchet yang telah ditempa tidak dapat dikeluarkan. Planchet yang telah ditempa(syiling) ini akan meninggalkan imej tenggelam(negatif) pada planchet seterusnya apabila planchet tersebut memasuki *striking chamber.

Nota ringkas: 
  • Flan - Istilah Planchet untuk planchet kuno,
  • Blank - Kepingan logam yang telah ditebuk dan belum memasuki proses Upsetting,
  • PlanchetBlank yang telah melalui proses Upsetting dan belum ditempa lagi,
  • Syiling - Planchet yang telah ditempa dan mempunyai nilai muka.



Spesimen 1 sen 2005 'Uncentered Broadstrike with Partial Brockage Error':

Bahagian hadapan (Obverse) syiling ini mempunyai Partial Brockage Error.
Brockage Error yang asli dapat dikenal pasti dengan kekemasannya.

Bahagian belakang (Reverse) syiling ini yang
menunjukkan Major Broadstrike.
Syiling ini lebih 10% lagi besar daripada
syiling yang normal.


Perbandingan 1 sen 2005 'Uncentered Broadstrike with Partial Brockage Error
dengan 1 sen 2005 Normal:




Analisa ringkas tentang bagaimana
Uncentered Broadstrike with Partial Brockage berlaku.

Dickson Niew," Recommended Selling Price : RM380/UNC "

Terima kasih :)

2 Feb 2013

Malaysia Die Varieties : 50 sen 1999

Penemuan terbaru saya ialah variety untuk 50 sen 1999 selepas 50 sen 1997 dan 50 sen 1998. 
Variety untuk 50 sen 1999 amat senang dijumpai sekiranya and berusaha sedikit. 
Bak kata pepatah, sikit- sikit, lama- lama jadi bukit.
Jika direkodkan, Malaysia mempunyai lebih 30 jenis varieties!

Berikut merupakan 50 sen 1999:

Bevel Edge Variety
Variety pertama mempunyai rekabentuk sisi yang membulat

Square Edge Variety
Variety kedua mempunyai rekabentuk sisi petak.




Jika anda ingin mengumpul variety ini,
ciri- ciri yang perlu diteliti ialah :

  • Rekabentuk sisi syiling

Juga lihat 50 sen 1997 dan 50 sen 1998

19 Jan 2013

Sejarah Negeri Pulau Pinang (History of Penang)





Pulau Pinang pada asalnya sebahagian daripada Kesultanan Kedah, telah disewakan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) dengan sejumlah pembayaran tahunan pada tahun 1786 kepada Sultan Kedah beserta pemberian perlindungan ketenteraan daripada ancaman Siam dan Burma.
Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 telah ditandatangani oleh Sultan Kedah dan Kapten Francis Light.

Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
i. SHTI bantu Kedah sekiranya diserang musuh
ii. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
iii. SHTI membayar 30 ribu dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pampasan

Kapten Francis Light

Pada 11 Ogos 1786,Kapten Francis Light telah mendarat di pulau berkenaan dan menamakan pulau tersebut sebagai Prince of Wales Island sempena menghormati keturunan Keputeraan British. Tempat mendarat pula dinamakan Georgetown, sempena Raja Ketiga England.

Pada tahun 1786, Dollar Sepanyol dianggap sebagai unit pengiraan piawai pada kadar 100 Pice bersamaan dengan nilai satu Dollar. Pada tahun 1787, duit syiling tembaga dengan lambang Balemark dan tulisan Arab ''Perrinsa Jezirah ab-Wailis'' (Prince of Wales Island) dikeluarkan dengan muka depan syiling 1/2 Pice dan 1 Pice. Manakala 1/4 Pice, muka depannya tertera lambang Balemark dan tulisan Arab "Jezirab ab- Wailis" yang bermaksud Island of Wales.

Duit syiling perak yang tertera tarikh hanya diperkenalkan pada tahun 1788 dengan pengenalan 1/4 Dollar dan 1/2 Dollar yang tertera lambang Balemark dan ''Perrinsa Jezirah ab-Wailis'' (Prince of Wales Island), manakala 1/10 Dollar dengan lambang Balemark dan tulisan Arab "Jezirab ab- Wailis" yang bermaksud Island of Wales.

1/2 Pice

1 Pice


PULO PENANG

Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) gagal memberi perlindungan ketenteraan kepada Sultan Kedah semasa diancam oleh Siam setelah perang tamat antara Siam dan Burma. Siam menuntut Kedah untuk menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia.

Sebenarnya, ia merupakan tipu muslihat Kapten Francis Light untuk menduduki Pulau Pinang dan menjadikannya sebagai pusat pengumpulan barang, pangkalan tentera dan pelabuhan persinggahan.
Selain itu, Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) juga menjaga kepentingan perdagangannya dengan Siam.

Sultan Kedah bertindak untuk mengambil semula Pulau Pinang dan Kapten Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang. Kapten Francis Light tawarkan ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Kedah. Sultan Kedah mendapatkan bantuan Riau, Siak dan Selangor. Namun begitu, Sultan Kedah tewas untuk mengambil semula Pulau Pinang apabila menghadapi tentera SHTI dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791


Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791

i. Sultan Kedah bersetuju menyerahkan Seberang Perai kepada SHTI
ii. SHTI akan membayar pampasan tahunan sebanyak 10 000 Dolar Sepayol kepada Sultan Kedah.
Selepas itu, Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) secara rasminya menduduki Pulau Pinang dan Sir George Alexander William Leith dilantik sebagai Gabenor pertama negeri Pulau Pinang.

Sir George Alexander William Leith

Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) memerlukan Seberang Perai sebagai benteng mempertahankan Pulau Pinang daripada tanah besar dan pada masa itu juga, Sultan Kedah yang lain pada masa itu memerlukan bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam.

Sultan Kedah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor Sir George Alexander William Leith pada bulan Jun 1880.Seberang Perai dinammakan Province Wellesly.
Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) hanya seperti *menanam tebu di tepi bibir. Rakyat Kedah terpaksa berjuang dengan Siam untuk menjaga kedaulatan Kedah dan telah tewas dalam perjuangan itu.

Pada bulan Jun 1826, Raja Siam, Rama III telah menandatangani Perjanjian Burney,

Perjanjian Burney 1826 


i. British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah 
ii. Sultan Kedah Tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma.
iii. British tidak akan membantu Sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya 
iv. British akan menghantar balik Sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah hendaklah menghantar ufti bunga emas.
v. Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Rama III,Phra Bat Somdet Phra Nangklao Chao Yu Hua(31 March 1787 – 2 April 1851) 

Pada tahun 1805, Negeri- Negeri Selat (Straits Settlements) telah diletakkan bawah pentadbiran Presiden India dan menghadapi kekurangan duit syiling. Gabenor Pulau Pinang telah memperkenalkan Emergency Issues iaitu duit syiling timah 1 Pice yang ditempa sendiri di Pulau Pinang.
Walaubagaimanapun, duit syiling timah ini banyak dipalsukan sehingga tahun 1809, duit syiling 1/2 Pice dan 1 Pice terpaksa dibuat di Royal Mint London. Akhirnya, pada tahun 1812, duit syiling timah  Emergency Issues telah dimansuhkan apabila duit syiling tembaga baru diperkenalkan.


Emergency Issues
GF
yang membawa maksud Governor Farquhar.
Robert Townsend Farquhar merupakan Lieutenant-Governor of Prince of Wales Island
pada January 1804 hingga 1805
Syiling ini merupakan antara koleksi Galeri Sha Banknote

Duit syiling tembaga baru diperkenalkan.

Pada tahun 1826, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura menjadi sebahagian 
Negeri- Negeri Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India dan beralih kepada pentadbiran jajahan British pada tahun 1867. Pada tahun 1946, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura menjadi sebahagian daripada Malayan Union, yang kemudiannya menjadi Wilayah Malaya 
(Federation of Malaya) pada tahun 1948 dan seterusnya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


Buat pengetahuan para pengunjung, amat menarik sekali apabila sesuatu syiling dapat dikaitkan dengan sesuatu sejarah, iaitu sejarah negeri kelahiran saya. Dalam konteks ini juga, kita dapat mempelajari sejarah silam dan mempelajari agar tidak akan mengulanginya lagi.

Selamat Berehat di hujung minggu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...