Powered By Blogger

19 Jan 2013

Malaysia Die Varieties : 50 sen 1998

 Entri pada kali ini adalah untuk berkongsi mengenai variety 50 sen 1998 pula.
Mesti anda tertanya - tanya, mengapa terdapat banyak variety untuk syiling Malaysia? 

Jawapannya sangat ringkas...
Variety merupakan sebarang kelainan dalam rekabentuk normal syiling.
Disebabkan oleh kesilapan semasa penyediaan/penyelenggaraan kepada acuan.

Berikut merupakan variety 50 sen 1998.

Variety 1 : Small 8
Sisi membulat serta angka 8 yang kecil dan tebal

Variety 2 : Big 8
Sisi petak serta angka 8 yang besar dan nipis


Sebagai seorang pengumpul, saya berasa agak sedih kerana 
variety ini tidak direkodkan dalam katalog rujukan, 
sebaliknya syiling error yang kecil, Die Gouge atau Extra Dot yang direkodkan.



Jika anda ingin mengumpul variety ini,
ciri- ciri yang perlu diteliti ialah :

  • Rekabentuk sisi
  • Saiz angka 8

 Variety ini(Big 8 dan Small 8) juga dijumpai pada 20 sen 1998.

Variety Small 8 untuk 10 sen 1998 telah dijumpai.
Hanya tinggal 10 sen 1998 
Big 8 sahaja untuk melengkapkan variety untuk 10 sen ini.
Afiq Nizam telah mencari variety ini sudah bertahun- tahun.
 Persoalannya, adakah Big
8 untuk 10 sen 1998 wujud?

Pemberitahuan : Variety 50 sen 1998 Big 8 amat dicari - cari oleh 
pengumpul syiling tempatan kerana faktor 'rare'.

Rekod jualan tertinggi ialah RM40.00

12 Jan 2013

Malaysia Die Varieties : 50 sen 1997

50 sen 1997 juga mempunyai premiumnya yang tersendiri,
jika dapat dikumpul mengikut variety.
Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pengunjung mengenai variety 50 sen 1997.

Variety pertama untuk 50 sen 1997 mempunyai sisi yang membulat
serta mempunya angka 97 yang agak nipis.

Variety 1 : Thin 97

Variety kedua pula mempunyai ciri - ciri yang berlainan.
Iaitu sisi petak dan angka 97 yang tebal.

Variety 2 : Bold 97

Jika anda masih keliru, sila lihat gambar di bawah.





Jika anda ingin mengumpul variety ini, ciri yang perlu di cari ialah:

  • Rekabentuk sisi
  • Ketebalan angka 97

Selamat Mengumpul!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...