Syarat- syarat untuk menyertai forum ini:
1) Haruslah berkaitan dengan Numismatik sahaja ( Duit kertas,syiling,setem dan sebagainya),
2) Spam@Spamming tidak dibenarkan sama sekali.
Cara- cara untuk menyertai forum ini :
1) Hanya letakkan komen atau cadangan anda di ruangan komen di bawah.
Kebaikan forum ini:
1) Dapat berkongsi maklumat dan pandangan masing- masing mengenai hobi Numismatik,
2) Mendapat ilmu baru,
1) Haruslah berkaitan dengan Numismatik sahaja ( Duit kertas,syiling,setem dan sebagainya),
2) Spam@Spamming tidak dibenarkan sama sekali.
Cara- cara untuk menyertai forum ini :
1) Hanya letakkan komen atau cadangan anda di ruangan komen di bawah.
Kebaikan forum ini:
1) Dapat berkongsi maklumat dan pandangan masing- masing mengenai hobi Numismatik,
2) Mendapat ilmu baru,
Saya amat berharap para pengunjung dapat memanfaatkan forum ini.
*Sila baca syarat- syarat untuk menyertai forum ini. Terima kasih kerana memberi kerjasama!
Dalam Numismatik ini terdapat 2 golongan itu kolektor Numismatik sebenar dan kolektor Mistik . Kedua-dua kumpulan ini mempunyai persamaan dari segi memiliki koleksi yang sama tetapi pandangan dan penilaian terhadap koleksi itu berbeza sekali . Kolektor Numismatik melihat setiap koleksi itu dari sudut sejarah dan kewujudannya sesuatu matawang tersebut . manakala Kolektor Mistik mensifatkan koleksi itu adalah yang aneh dan ada kaitan dengan alam mistik yang tidak berpijak dibumi nyata . Jesteru koleksi ini telah disalah gunakan untuk perkara khurafat.
BalasPadamfenomena ini bukan sahaja berlaku disebelah nusantara ini sahaja tetapi ianya berlaku dinegara Barat juga . Diantara koleksi yang menjadi bahan rebutan Kolektor mistik ini ialah Wang kertas Sa-puloh watermark Agong , syiling - syiling tertentu yang tidak dikeluarkan oleh BNM , Seringgit Aisyah , Wang Kertas RM1000 dan beberapa wang lagi yang dikatakan ada kaitan dengan mistik . Kekadang Numismatik menjadi bercelaru dengan ganguan daripada kumpulan mistik ini . Harga sesuatu koleksi itu menjadi tak masuk akal dan amat tinggi . contohnya pada awal tahun 2012 kolektor mistik ini mencari duit seringgit Aisyah dan menawarkan harga sehingga RM3000 - RM5000 untuk duit ini .
Untuk itu diruangan ini saya mencadangkan kepada kolektor Numismatik semua agar tidak hanya mencari keuntungan segera dengan bersubahat dengan aktiviti Khurafat ini dan kita menasihatkan kumpulan mistik ini agar berhenti dan tidak lagi menggangu aktiviti Numismatik kita yang murni ini .
Salam pada pengunjung,
PadamNsdk menyokong sangat-sangat apa yang dikatakan oleh Dato'. Benda-benda Khurafat ini jangan dibuat main. Silap-silap Aqidah tergadai untuk benda-benda macam ni. Minta dijauhkan.
Saya sangat bersetuju dengan Dato dan NSDK,
PadamPerbuatan sebegini merosakkan nilai sebenar hobi numismatik ini,inikan pula akidah dan iman seseorang.