Collar Clash merupakan kerosakan pada rim berpunca daripada acuan yang berlanggar dengan collar die(acuan sisi).Kerosakan tersebut akan menunjukkan gerigi sepanjang bahagian atas atau tepi rim.
Error Coins > Die Error > Collar Damage > Die Clash > Collar Clash
Collar Clash adalah jauh lebih biasa pada hammer die(acuan atas).
Ia berlaku apabila hammer die(acuan atas) yang tidak dipasang dengan betul berlanggar dengan bahagian atas collar die(acuan sisi).
Ihsan Google : Kesan pelanggaran hammer die (acuan atas) dengan collar die (acuan sisi). |
Pelanggaran tersebut menyebabkan gerigi pada collar die (acuan sisi) terpindah kepada hammer die (acuan atas).Seterusnya,hammer die (acuan atas) yang mempunyai kesan gerigi tersebut akan terpindah pula pada *Planchet.
*Planchet |
Untuk pengetahuan para pengunjung, anvil die (acuan bawah) adalah untuk
bahagian hadapan(Observe).Contohnya, bunga melur pada 20 sen 2012.
Manakala,hammer die (acuan atas) adalah bahagian belakang (Reverse).Contohnya,bahagian yang
tertera '20 SEN 2012' dan 'BANK NEGARA MALAYSIA' serta bunga raya.
Spesimen 20 sen 2012 'Collar Clash' saya:
Collar Clash yang menganjur dari pukul 10.00 sehingga pukul 1.00 |
Kesan 'Collar Clash' dengan jarak yang lebih dekat. |
Gambar oleh rakan FB , Syamri Mzain. |
Ihsan Google : Satu dime 1997-P dengan kesan 'Collar Clash'. |
Salam sdr Afiq,
BalasPadamTahniah,penerangan dan spesimen yg baik untuk kategori yg belum kelihatan dibincangkan kalangan pengumpul tempatan.Banyak syiling2 mint errors kita sebenarnya memerlukan rujukan yg lebih tepat bagi menggambarkan keadaan sebenar.
Usaha sdr Afiq ini akan mencerahkan lagi pencarian info dikalangan pengumpul syiling error Malaysia yg semakin diminati...
Terima kasih sdr Afiq...
Salam kembali sdr Depankanta,
PadamTerima kasih :)
Saya memang tertarik dengan kategori baru ini kerana ia memang sesuatu yang baru dalam fenomena syiling 'error' Malaysia...
Mungkin para pengumpul perlu mengambil perhatian terhadap 'error' yang belum diterokai...
Terima kasih sekali lagi,sdr Depankanta..
Salam saudara Afiq,
BalasPadamWah tahniah akan kiriman yang amat berinformatif ini! Sejujurnya saya sendiri pun tak pernah tahu wujud ralat "collar clash" ini. Nampaknya ada lagi satu jenis error yang kita boleh nikmati mencarinya.
Saya juga suka akan cara saudara menulis kiriman ini. Ringkas, padat dan penuh dengan ilustrasi. Syabas dan teruskan mengirim entri yang berkualiti.
Salam Mnfaj,
PadamTerima kasih banyak2...
Saya akan berusaha untuk memberi yang terbaik...
Terima kasih sekali lagi...
Salam saudara Afiq,
BalasPadamTahniah diatas ketekunan Afiq dalam pencarian pelbagai jenis error untuk perkongsian bersama. Semoga akan bertambah lagi pakar-pakar numismatik yang sedia ada.
Terima kasih.
Salam Nsdk,
PadamTerima kasih kerana telah memberi sokongan kepada saya..
Insya-Allah,saya akan usahakan...
Terima kasih ;)