12 Okt 2012

Malaysia Error Coin ( 50 sen 2011 Retained Cud)

'Retained Cud' merupakan pecahan pada acuan yang tidak terkeluar.
Dalam erti kata lain,serpihan acuan tetap berada di tempat asalnya.
Hal ini akan menyebabkan permukaan yang timbul(seperti cud).

Error Coins > Die Error > Die Breaks > Retained Cud > Anvil Die

'Retained Cud' melibatkan anvil die (acuan bawah) dan acuan tersebut dipegang oleh collar die(acuan yang menghasilkan perkataan di bahagian sisi syiling.Contohnya, 'BANK NEGARA MALAYSIA' 
pada 50 sen 1989-2011)

Pecahan di anvil die yang dapat dikekalkan akibat graviti bumi.

Sebelum menjadi 'Retained Cud' atau Cud (peringkat kedua),peringkat pertama yang harus 
dilalui ialah RTR Die Crack atau Die Break.
Lihat di sini untuk post rakan Blogger saya (Depankanta) mengenai 50 sen 2011 RTR Die Crack...

Spesimen 50 sen 2011 'Retained Cud':


Pada 'Retained Cud' ini juga terdapat 'Cud' yang kecil dan 'Die Crack'.
Mungkin syiling ini juga dapat dikategorikan sebagai 'Shattered Die'.

Menurut pendapat Saudara Mnfaj, 'Shattered Die' mempunyai 2 Cuds.

(Retained Cud + Cud = 2 Cuds ?)




RTR Die Crack
Klik di sini untuk lihat spesimen RTR Die Crack dengan lebih lanjut...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...