Powered By Blogger

12 Nov 2012

Bagaimana Syiling Dibuat? (How Coins Are Made?)

Duit syiling telah wujud sejak 650 tahun sebelum Masihi dan 
masih digunakan sebagai tukaran wang pada hari ini selain penggunaan duit kertas.
Duit syiling mengambil pelbagai peringkat untuk dihasilkan.

Berikut merupakan pembuatan duit syiling di US Mint 
semasa pengeluaran pertama 
1 Dollar James Madison pada tahun 2007:

Sebelum melakar, pelukis akan memilih potret yang sesuai untuk diletakkan pada duit syiling.

Ihsan Discovery Communications LLC
Selepas itu, pelukis akan melukis potret yang telah dipilih dengan 
menggunakan perisian komputer.

Ihsan Discovery Communications LLC
Untuk mengubah rupa 2 dimensi kepada 3 dimensi, proses membentuk dengan 
menggunakan tanah liat telah dilakukan.

Ihsan Discovery Communications LLC

Ihsan Discovery Communications LLC

Dikenali sebagai  Galvano (Plaster Model Epoxy Coated).
Klik di sini untuk melihat entri 
Depankanta dengan lebih lanjut.

Selepas proses membentuk, proses menambah butiran kecil telah dilakukan.
Selain butiran kecil yang membuatkan syiling ini cantik, butiran kecil ini juga dapat
menghalang syiling ini daripada dipalsukan.
Butiran kecil temasuklah mata,rambut,mulut dan lain-lain pada potret tersebut.

Ihsan Discovery Communications LLC

Selepas model plaster siap, proses seterusnya ialah proses pengecilan.
Proses ini memindakan imej daripada model plaster kepada Master Hub.
Proses ini mengambil masa selama 3 hari dan skala 
pengecilannya ialah sebanyak 1:12.
Tiada orang mahu duit syiling bersaiz pizza!

Ihsan Discovery Communications LLC

Produk yang telah siap dipanggil 'Master Hub'.
Untuk pengetahuan pengunjung, Doubled Die terjadi akibat 
penggandaan imej pada Master Hub.

Ihsan Discovery Communications LLC
Master Hub (kiri)

Kemudian, proses pemindahan imej Master Hub kepada Working Die juga akan dilakukan.

Ihsan Discovery Communications LLC
Working Die

Pemindahan imej Master Hub kepada Working Die
dilakukan dengan tekanan yang tinggi.
Imej timbul(Positif) pada Master Hub akan memindahkan 
imej tenggelam(Negatif) pada Working Die.

Ihsan Discovery Communications LLC
Proses pemindahan imej antara Master Hub dan Working Die.

Ihsan Discovery Communications LLC
Jumlah tekanan yang telah dikenakan.

Ihsan Discovery Communications LLC
Working Die yang telah siap.

Working Die terdiri kepada Hammer Die dan Anvil Die.
_______________________________________________________________________

Selepas menyiapkan Working Die, proses seterusnya ialah 
menyediakan planchet dan penempaan syiling.

Pertama,proses penyediaan planchet ialah dengan menyediakan jalur logam.

Ihsan Discovery Communications LLC
Jalur logam yang digunakan untuk 1 Dollar James Madison 

Jalur logam seterusnya melalui proses Blanking. Blanking Die ialah alat untuk
 menebuk syiling daripada jalur logam.

Ihsan Discovery Communications LLC
Blanking Die yang sedang beraksi.

Gambaran yang lebih jelas untuk para pengunjung tentang proses Blanking.

Ralat seperti ,Curved Clip Planchet,Straight clips,Ragged clips dan
sebagainya terjadi pada peringkat Blanking.

Ralat seperti Lamination,Split Planchet,Bubbled Gas Planchet dan sebagainya
pula terjadi pada Planchet yang bermasalah.

Ihsan Discovery Communications LLC
Hasil daripada proses Blanking.
Hasil ini dipanggil Unstruck Planchet (Type I) atau hanya dipanggil Blank.
Klik di sini untuk melihat spesimen Blank.

Blank yang baru dtebuk agak keras dan padat. Oleh itu, Blank tersebut kan dibersihkan, dipanaskan dan dikeringkan di dalam ruang khas untuk mengekalkan luster atau kekilatan pada Blank.

Selepas itu, Blank ini akan melalui proses Upsetting.
Proses ini akan mengecilkan Blank dan menaikkan proto-rim.
Proto-rim berfungsi sebagai pelindung imej semasa ditempa nanti.

Ihsan Google
Proses Upsetting

Proto-rim

Blank yang telah melalui proses Upsetting dan telah mempunyai proto-rim dikenali 
sebagai Unstruck Planchet (Type II) atau Planchet.

Seterusnya ialah penempaan syiling.

Ihsan Discovery Communications LLC
Proses penempaan syiling
Ralat seperti Off center Strike,Rotated Die,Brockages,Broadstrike, dan
sebagainya terjadi pada peringkat ini (Penempaan).

Machine Doubling juga terjadi pada peringkat ini apabila skru acuan tersebut longgar.

Gambaran yang lebih jelas untuk para pengunjung tentang 
proses Penempaan (Striking).


Ihsan  United States Mint

Selepas penempaan, pekerja kilang yang terlibat akan memeriksa
syiling supaya tidak mempunyai kecacatan

Ihsan Discovery Communications LLC

Namun begitu, syiling yang mempunyai kecacatan turut terlepas dalam circulation :

Doubled Die pada 1 Dollar James Madison 2007-P

Ihsan www.greatcollections.com

Ihsan minterrornews.com

Gambar 1 : Double Struck 2007-P James Madison

Gambar 2 : Double Struck 2007-P James Madison

Syiling yang telah siap dibungkus dan akan dihantar kepada bank tempatan dan sedia untuk 
diedarkan kepada umum.

Ihsan Discovery Communications LLC

6 ulasan:

  1. Salam Afiq Nizam.
    Terima kasih atas artikel yang amat baik memperlihatkan bagaimana wang syiling ditempa melalui beberapa proses dari mula sehingga akhir.
    Sekurang-kurangnya maklumat dan gambaran ini seolah-olahnya kita sudah berada dan melawat kilang duit syiling.
    Terima kasih Adinda Afiq.

    BalasPadam
  2. Salam sdr Afiq,
    Benar kata Dato',artikel spt ini akan menjadi asas kefahaman secara umum bagaimana proses penyilingan dijalankan.Selanjutnya kita cuba pula dapatkan maklumat dari kilang syiling Malaysia bagi memadankan proses yg dibuat di US ini dgn kilang syiling Malaysia..Kefahaman tentang setiap langkah proses pembuatan syiling ini akan membantu kita mengenali syiling mint errors dan PMD/PMJ...

    Tahniah dan terima kasih banyak sdr Afiq dan Dato'...

    BalasPadam
  3. Salam Saudara Afiq,
    Terima kasih dengan maklumat yang telah diberikan. Terasa seperti melawat kilang syiling pula.

    BalasPadam
  4. Salam sdr. Afiq,
    Satu artikel yang bagus. Ringkas, padat dan penuh gambar! Memahami proses pembuatan syiling adalah perkara asas yang paling diperlukan oleh seorang pengumpul syiling error dan variety.

    Teruskan menulis entri yang berkualiti. :)

    BalasPadam
  5. Salam semua (Dato',Depankanta,Nsdk dan Mnfaj),

    Sama-sama,
    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini...
    Saya cukup gembira kerana para pengunjung semua dapat memanfaatkan entri pada kali ini..

    Terima kasih kembali..

    BalasPadam
  6. Dear Afiq,

    Thanks for sharing this info..
    A very informative blog..
    Keep up your good work..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...