Powered By Blogger

24 Okt 2012

Malaysia Die Varieties : 20 sen 1973

'Die Varieties' merupakan perbezaan reka bentuk yang muncul pada syiling 
bagi tahun tertentu dan denominasi. 
 Variety meliputi tahun,denominasi dan corak atas sesuatu syiling.
Variety mungkin terjadi akibat acuan yang telah ditukar mempunyai ciri yang berbeza dengan yang sebelumnya.

Berikut merupakan spesimen 'Die Varieties' untuk syiling siri parlimen,20 sen 1973.

Big '3' dan Small '3'

Big '3'

Small '3'
Sedikit analisa telah dijalankan untuk mengesahkan 'Variety' untuk 20 sen 1973.

Contohnya,1973 :


   Big '3' :                                  Small '3':






Kesimpulannya,1,9 dan 7 mempunyai purata saiz yang agak sama.
Namun begitu,untuk nombor '3' mempunyai saiz yang ketara.

Terima kasih kepada rakan saya,Wan Karan kerana menemui Variety untuk 20 sen 1973.

21 Okt 2012

Malaysia Error Coin (50 sen 2001 Die Alignment Error)

MAD = MISALIGNED DIE

Die Alignment Errors terjadi akibat acuan yang tidak dilaraskan dengan betul dan

merupakan ralat dalam proses penempaan syiling (Striking Error).

Error Coins > Striking Errors > Die Alignment Errors > 
Horizontal Misalignment of the Hammer Die


Spesimen 'Die Alignment Error':

50 sen 2001 dengan ralat 'Die Alignment Error'.

Akibat pelarasan acuan yang tidak betul.
Periksa ketebalan rim antara (1) dan (2).

'Die Alignment Error' sering dikelirukan dengan 'Off-Center Strike'*.
'Die Alignment Error' hanya terjadi pada satu muka syiling sahaja.

Ihsan Google:
Spesimen 1 sen 1997 dengan kesan 'Off-Center Strike'*.


Pada 50 sen 2001 ini juga terdapat 'Radial Die Crack' pada 
bahagian hadapan(Observe).

Sebarang penambahan atau pembetulan dialu-alukan.

20 Okt 2012

Malaysia Error Coin (10 sen 2003 Peripheral Die Damage)

Peripheral Die Damage mempunyai banyak sebab dalam kehilangan acuan.
Kerosakan ini akan mengakibatkan seakan ada logam timbul di bahagian tepi rim.

Error Coins > Die Error > Die Damage > Peripheral Die Damage

Bahagian sisi acuan mungkin terserpih atau haus akibat sentuhan yang tidak sengaja dengan collar die
(acuan sisi) atau bahagian mesin yang lain.


Spesimen 10 sen 2003 'Peripheral Die Damage':

10 sen 2003 dengan kerosakan acuan(Die Damage)
dan menunjukkan seperti logam lebihan 
yang menganjur ke bawah daripada pukul 11.00 hingga 7.00

Kesan Peripheral Die Damage pada duit syiling.

Peripheral Die Damage tidak patut dikelirukan dengan Cud kerana  
Cud terjadi akibat acuan yang pecah(Die Break) atau RTR Die Crack


10 sen 2003 juga dianggap sebagai semi-keydate oleh para pengumpul syiling 
tempatan kerana pengeluarannya yang sedikit iaitu  8,640,000.



Ihsan Google :
1 sen 1983 dengan kesan 
Peripheral Die Damage 

13 Okt 2012

Malaysia Error Coin ( 20 sen 2012 Collar Clash)

Collar Clash merupakan kerosakan pada rim berpunca daripada acuan yang berlanggar dengan collar die(acuan sisi).Kerosakan tersebut akan menunjukkan gerigi sepanjang bahagian atas atau tepi rim.

Error Coins >  Die Error > Collar Damage > Die Clash > Collar Clash

Collar Clash adalah jauh lebih biasa pada hammer die(acuan atas).
Ia berlaku apabila hammer die(acuan atas) yang tidak dipasang dengan betul berlanggar dengan bahagian atas collar die(acuan sisi).


Ihsan Google :
Kesan pelanggaran  hammer die (acuan atas) dengan collar die (acuan sisi).

Pelanggaran tersebut menyebabkan gerigi pada collar die (acuan sisi) terpindah kepada hammer die (acuan atas).Seterusnya,hammer die (acuan atas) yang mempunyai kesan gerigi tersebut akan terpindah pula pada *Planchet.

*Planchet

Untuk pengetahuan para pengunjung, anvil die (acuan bawah) adalah untuk 
bahagian hadapan(Observe).Contohnya, bunga melur pada 20 sen 2012.
Manakala,hammer die (acuan atas) adalah bahagian belakang (Reverse).Contohnya,bahagian yang 
tertera '20 SEN 2012' dan 'BANK NEGARA MALAYSIA' serta bunga raya.

Spesimen 20 sen 2012 'Collar Clash' saya:

Collar Clash yang menganjur dari pukul 10.00 sehingga pukul 1.00

Kesan 'Collar Clash' dengan jarak yang lebih dekat.


Gambar oleh rakan FB , Syamri Mzain.
Ihsan Google :
Satu dime 1997-P dengan kesan 'Collar Clash'.

12 Okt 2012

Malaysia Error Coin ( 50 sen 2011 Retained Cud)

'Retained Cud' merupakan pecahan pada acuan yang tidak terkeluar.
Dalam erti kata lain,serpihan acuan tetap berada di tempat asalnya.
Hal ini akan menyebabkan permukaan yang timbul(seperti cud).

Error Coins > Die Error > Die Breaks > Retained Cud > Anvil Die

'Retained Cud' melibatkan anvil die (acuan bawah) dan acuan tersebut dipegang oleh collar die(acuan yang menghasilkan perkataan di bahagian sisi syiling.Contohnya, 'BANK NEGARA MALAYSIA' 
pada 50 sen 1989-2011)

Pecahan di anvil die yang dapat dikekalkan akibat graviti bumi.

Sebelum menjadi 'Retained Cud' atau Cud (peringkat kedua),peringkat pertama yang harus 
dilalui ialah RTR Die Crack atau Die Break.
Lihat di sini untuk post rakan Blogger saya (Depankanta) mengenai 50 sen 2011 RTR Die Crack...

Spesimen 50 sen 2011 'Retained Cud':


Pada 'Retained Cud' ini juga terdapat 'Cud' yang kecil dan 'Die Crack'.
Mungkin syiling ini juga dapat dikategorikan sebagai 'Shattered Die'.

Menurut pendapat Saudara Mnfaj, 'Shattered Die' mempunyai 2 Cuds.

(Retained Cud + Cud = 2 Cuds ?)




RTR Die Crack
Klik di sini untuk lihat spesimen RTR Die Crack dengan lebih lanjut...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...