"Apakah benda itu? Datang dari mana ayat itu?"Entri kali ini adalah untuk membincang tentang ayat tersebut.
Anvil Die dan Hammer Die merupakan komponen penting dalam pembuatan syiling.
Ayat ini datangnya daripada peralatan untuk membuat syiling
itu sendiri,iaitu Anvil( Andas) dan Hammer(Penukul).
Die pula bermaksud acuan.
Gambar di bawah menunjukkan pembuatan syiling pada kurun ke-16.
Ihsan fineartamerica.com Teknik ini digunakan semasa kurun ke-16. |
Hammer Die mendapat nama daripada acuan atas yang akan diketuk dengan penukul.
Manakala Anvil Die mendapat nama daripada andas yang menahan acuan bawah.
Proses pembuatan syiling moden. |
Ihsan blackiron.us |
Sekitar tahun 1550,tukang perak Jerman,Marx Schwab mencipta penempaan syiling dengan penekan skru.
Ihsan fineartamerica.com 'Screw Press' |
Semasa Zaman Perindustrian (lewat kurun ke-18), Diedrich Uhlhorn,seorang mekanik Jerman telah mencipta mesin penempaan syiling .'Uhlhorn Presse' menukarkan tekanan daripada skru penekan skru dengan tekanan yang dikenakan oleh tuil.
Salam sdr Afiq,
BalasPadamBiasanya pengumpul kita beri istilah BM "die atas" dan "die bawah" untuk "hammer die" dan "anvil die".Istilah ini dilihat terlalu umum dan tidak sesuai apa lagi bila hammer die dan anvil die berada pada kedudukan mengiring.
Untuk keseragaman bagi kegunaan akan datang perkataan "acuan penukul/pengetuk" dan "acuan andas" mungkin lebih sesuai...Pakar-pakar bahasa kita boleh bantu...
Terima kasih untuk maklumat yg berinformasi untuk dikongsi bersama...
Salam saudara Afiq,
BalasPadamBila melihat gambar 'Screw Press' teruk juga proses penyediaan syiling zam dahulu. Terima kasih di atas info diatas.