Powered By Blogger

12 Feb 2013

Patina Pada Syiling Syiling Gangsa dan Tembaga


Patina merupakan sejenis lapisan yang terbentuk pada gangsa, tembaga atau logam lain. 
Patina terhasil akibat pengoksidaan dan proses kimia serta merupakan satu lapisan pelindung bagi mengelakkan syiling tersebut daripada berkarat dan rosak.

Pada logam, patina merupakan salutan bahan kimia yang terdiri daripada oksida, karbonat, sulfida atau sulfat yang terbentuk pada permukaan semasa pendedahan kepada unsur-unsur atmosfera (oksigen, hujan, hujan asid, karbon dioksida, sulfur - kompaun bearing).

Contoh patina (lapisan atau tompokan bewarna hijau, juga dipanggil verdigris
pada syiling gangsa atau tembaga :

Straits Settlements
1 sen 1920
Komposisi : Gangsa

Straits Settlements
1 sen 1920 
Komposisi : Gangsa

Straits Settlements
1 sen 1903
Komposisi : Gangsa

Pulau Pinang
1/2 Pice 1787
Komposisi : Tembaga

Pulau Pinang
1/2 Pice 1787
Komposisi : Tembaga

Malaysia
10 sen 1991
Komposisi : Tembaga & Nikel

Malaysia
10 sen 1991
Komposisi : Tembaga & Nikel

Patina mengambil masa berpuluh - puluh tahun malah beratus 
tahun untuk terbentuk.
Oleh itu, anda tidak digalakkan mencuci syiling lama anda.
Selain itu, patina juga dapat membuktikan bahawa syiling anda asli dan 
menarik minat pengumpul syiling lama serta memberi nilai tambahan pada syiling tersebut.
Syiling yang mempunyai patina tidak bermaksud bahawa syiling anda kotor mahupun rosak.

Selamat Mengumpul dan Selamat Tahun Baru Cina bagi yang menyambutnya ;)

Ruj : 
  • 2. Duit lama mempunyai patina & toning yang akan hilang bila dicuci ; http://www.malaysiancoin.com/2012/11/kenapa-tidak-boleh-mencuci-duit-lama.html
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Patina

4 ulasan:

  1. Salam sdr afiq,
    tahniah dan terima kasih,satu info yang menarik dan berguna untuk semua pengumpul....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sdr Depankanta,
      Saya tergerak hati untuk berkongsi mengenai patina ini apabila kolektor mengatakan syiling tersebut kotor(akibat patina).
      Sebaliknya,ia merupakan bukti ia asli dan sudah berusia.
      Terima kasih Depankanta...;)

      Padam
  2. Salam saudara Afiq,
    Nsdk ada menemui sekepng dua..syiling siri parlimen yang seakan berkarat. Jika syiling telah disalut dengan bahan pelindung untuk mengelakkan ianya dari berkarat...adakah bermakna syiling parlimen yang Nsdk perolehi adalah syiling palsu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam NSDK,
      Mungkin beberapa faktor untuk mengenalpasti patina,antaranya ia berwarna hijau dan bertompok.
      Saya merasakan mungkin syiling NSDK asli.
      Mengenai syiling palsu pula,hanya syiling palsu 50 sen 1985 siri parlimen sahaja dapat dikenalpasti (rujuk blog tuan Depankanta).
      Terima kasih kerana singgah :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...