Powered By Blogger

24 Okt 2012

Malaysia Die Varieties : 20 sen 1973

'Die Varieties' merupakan perbezaan reka bentuk yang muncul pada syiling 
bagi tahun tertentu dan denominasi. 
 Variety meliputi tahun,denominasi dan corak atas sesuatu syiling.
Variety mungkin terjadi akibat acuan yang telah ditukar mempunyai ciri yang berbeza dengan yang sebelumnya.

Berikut merupakan spesimen 'Die Varieties' untuk syiling siri parlimen,20 sen 1973.

Big '3' dan Small '3'

Big '3'

Small '3'
Sedikit analisa telah dijalankan untuk mengesahkan 'Variety' untuk 20 sen 1973.

Contohnya,1973 :


   Big '3' :                                  Small '3':






Kesimpulannya,1,9 dan 7 mempunyai purata saiz yang agak sama.
Namun begitu,untuk nombor '3' mempunyai saiz yang ketara.

Terima kasih kepada rakan saya,Wan Karan kerana menemui Variety untuk 20 sen 1973.

21 Okt 2012

Malaysia Error Coin (50 sen 2001 Die Alignment Error)

MAD = MISALIGNED DIE

Die Alignment Errors terjadi akibat acuan yang tidak dilaraskan dengan betul dan

merupakan ralat dalam proses penempaan syiling (Striking Error).

Error Coins > Striking Errors > Die Alignment Errors > 
Horizontal Misalignment of the Hammer Die


Spesimen 'Die Alignment Error':

50 sen 2001 dengan ralat 'Die Alignment Error'.

Akibat pelarasan acuan yang tidak betul.
Periksa ketebalan rim antara (1) dan (2).

'Die Alignment Error' sering dikelirukan dengan 'Off-Center Strike'*.
'Die Alignment Error' hanya terjadi pada satu muka syiling sahaja.

Ihsan Google:
Spesimen 1 sen 1997 dengan kesan 'Off-Center Strike'*.


Pada 50 sen 2001 ini juga terdapat 'Radial Die Crack' pada 
bahagian hadapan(Observe).

Sebarang penambahan atau pembetulan dialu-alukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...