Duit syiling telah wujud sejak 650 tahun sebelum Masihi dan
masih digunakan sebagai tukaran wang pada hari ini selain penggunaan duit kertas.
Duit syiling mengambil pelbagai peringkat untuk dihasilkan.
Berikut merupakan pembuatan duit syiling di US Mint
semasa pengeluaran pertama
1 Dollar James Madison pada tahun 2007:
Sebelum melakar, pelukis akan memilih potret yang sesuai untuk diletakkan pada duit syiling.
|
Ihsan Discovery Communications LLC |
Selepas itu, pelukis akan melukis potret yang telah dipilih dengan
menggunakan perisian komputer.
|
Ihsan Discovery Communications LLC |
Untuk mengubah rupa 2 dimensi kepada 3 dimensi, proses membentuk dengan
menggunakan tanah liat telah dilakukan.
|
Ihsan Discovery Communications LLC |
|
Ihsan Discovery Communications LLC |
|
Dikenali sebagai Galvano (Plaster Model Epoxy Coated). Klik di sini untuk melihat entri Depankanta dengan lebih lanjut. |
Selepas proses membentuk, proses menambah butiran kecil telah dilakukan.
Selain butiran kecil yang membuatkan syiling ini cantik, butiran kecil ini juga dapat
menghalang syiling ini daripada dipalsukan.
Butiran kecil temasuklah mata,rambut,mulut dan lain-lain pada potret tersebut.
|
Ihsan Discovery Communications LLC |
Selepas model plaster siap, proses seterusnya ialah proses pengecilan.
Proses ini memindakan imej daripada model plaster kepada Master Hub.
Proses ini mengambil masa selama 3 hari dan skala
pengecilannya ialah sebanyak 1:12.
Tiada orang mahu duit syiling bersaiz pizza!
|
Ihsan Discovery Communications LLC |
Produk yang telah siap dipanggil 'Master Hub'.
Untuk pengetahuan pengunjung,
Doubled Die terjadi akibat
penggandaan imej pada Master Hub.
|
Ihsan Discovery Communications LLC
Master Hub (kiri) |
Kemudian, proses pemindahan imej Master Hub kepada Working Die juga akan dilakukan.
|
Ihsan Discovery Communications LLC
Working Die
|
Pemindahan imej Master Hub kepada Working Die
dilakukan dengan tekanan yang tinggi.
Imej timbul(Positif) pada Master Hub akan memindahkan
imej tenggelam(Negatif) pada Working Die.
|
Ihsan Discovery Communications LLC
Proses pemindahan imej antara Master Hub dan Working Die. |
|
Ihsan Discovery Communications LLC
Jumlah tekanan yang telah dikenakan. |
|
Ihsan Discovery Communications LLC
Working Die yang telah siap.
Working Die terdiri kepada Hammer Die dan Anvil Die.
|
_______________________________________________________________________
Selepas menyiapkan Working Die, proses seterusnya ialah
menyediakan planchet dan penempaan syiling.
Pertama,proses penyediaan planchet ialah dengan menyediakan jalur logam.
|
Ihsan Discovery Communications LLC
Jalur logam yang digunakan untuk 1 Dollar James Madison |
Jalur logam seterusnya melalui proses Blanking. Blanking Die ialah alat untuk
menebuk syiling daripada jalur logam.
|
Ihsan Discovery Communications LLC
Blanking Die yang sedang beraksi. |
|
Gambaran yang lebih jelas untuk para pengunjung tentang proses Blanking. |
Ralat seperti ,Curved Clip Planchet,Straight clips,Ragged clips dan
sebagainya terjadi pada peringkat Blanking.
Ralat seperti Lamination,Split Planchet,Bubbled Gas Planchet dan sebagainya
pula terjadi pada Planchet yang bermasalah.
|
Ihsan Discovery Communications LLC
Hasil daripada proses Blanking.
Hasil ini dipanggil Unstruck Planchet (Type I) atau hanya dipanggil Blank.
Klik di sini untuk melihat spesimen Blank.
|
Blank yang baru dtebuk agak keras dan padat. Oleh itu, Blank tersebut kan dibersihkan, dipanaskan dan dikeringkan di dalam ruang khas untuk mengekalkan luster atau kekilatan pada Blank.
Selepas itu, Blank ini akan melalui proses Upsetting.
Proses ini akan mengecilkan Blank dan menaikkan proto-rim.
Proto-rim berfungsi sebagai pelindung imej semasa ditempa nanti.
|
Ihsan Google
Proses Upsetting |
|
Proto-rim |
Blank yang telah melalui proses Upsetting dan telah mempunyai proto-rim dikenali
sebagai Unstruck Planchet (Type II) atau Planchet.
Seterusnya ialah penempaan syiling.
|
Ihsan Discovery Communications LLC
Proses penempaan syiling
Ralat seperti Off center Strike,Rotated Die,Brockages,Broadstrike, dan sebagainya terjadi pada peringkat ini (Penempaan).
Machine Doubling juga terjadi pada peringkat ini apabila skru acuan tersebut longgar. |
|
Gambaran yang lebih jelas untuk para pengunjung tentang
proses Penempaan (Striking). |
|
Ihsan United States Mint |
Selepas penempaan, pekerja kilang yang terlibat akan memeriksa
syiling supaya tidak mempunyai kecacatan
|
Ihsan Discovery Communications LLC |
Namun begitu, syiling yang mempunyai kecacatan turut terlepas dalam circulation :
|
Doubled Die pada 1 Dollar James Madison 2007-P |
|
Ihsan www.greatcollections.com |
|
Ihsan minterrornews.com |
|
Gambar 1 : Double Struck 2007-P James Madison |
|
Gambar 2 : Double Struck 2007-P James Madison |
Syiling yang telah siap dibungkus dan akan dihantar kepada bank tempatan dan sedia untuk
diedarkan kepada umum.
|
Ihsan Discovery Communications LLC |