Patina merupakan sejenis lapisan yang terbentuk pada gangsa, tembaga atau logam lain.
Patina terhasil akibat pengoksidaan dan proses kimia serta merupakan satu lapisan pelindung bagi mengelakkan syiling tersebut daripada berkarat dan rosak.
Pada logam, patina merupakan salutan bahan kimia yang terdiri daripada oksida, karbonat, sulfida atau sulfat yang terbentuk pada permukaan semasa pendedahan kepada unsur-unsur atmosfera (oksigen, hujan, hujan asid, karbon dioksida, sulfur - kompaun bearing).
Contoh patina (lapisan atau tompokan bewarna hijau, juga dipanggil verdigris)
pada syiling gangsa atau tembaga :
Straits Settlements 1 sen 1920 Komposisi : Gangsa |
Straits Settlements 1 sen 1920 Komposisi : Gangsa |
Straits Settlements 1 sen 1903 Komposisi : Gangsa |
Pulau Pinang 1/2 Pice 1787 Komposisi : Tembaga |
Pulau Pinang 1/2 Pice 1787 Komposisi : Tembaga |
Malaysia 10 sen 1991 Komposisi : Tembaga & Nikel |
Malaysia 10 sen 1991 Komposisi : Tembaga & Nikel |
tahun untuk terbentuk.
Oleh itu, anda tidak digalakkan mencuci syiling lama anda.
Selain itu, patina juga dapat membuktikan bahawa syiling anda asli dan
menarik minat pengumpul syiling lama serta memberi nilai tambahan pada syiling tersebut.
Syiling yang mempunyai patina tidak bermaksud bahawa syiling anda kotor mahupun rosak.
Syiling yang mempunyai patina tidak bermaksud bahawa syiling anda kotor mahupun rosak.
Selamat Mengumpul dan Selamat Tahun Baru Cina bagi yang menyambutnya ;)
Ruj :
- 2. Duit lama mempunyai patina & toning yang akan hilang bila dicuci ; http://www.malaysiancoin.com/2012/11/kenapa-tidak-boleh-mencuci-duit-lama.html
- http://en.wikipedia.org/wiki/Patina